Antaramuka LG V30 - Ciri Floating Bar Dan Tiada Skrin Kedua

Hari ini LG telah memperlihatkan antaramuka baru untuk flagship seterusnya mereka, LG V30 dengan sistem operasi Android digandingkan bersama LG UX 6.0+.

Antara yang menjadi perhatian adalah untuk V30, LG telah membuat keputusan untuk tidak mengekalkan jalur skrin kedua di bahagian atas seperti yang dibawakan oleh LG V20 sebelum ini. Mereka telah menggantikannya dengan satu ciri Floating Bar, seakan-akan ciri bar pencarian Galaxy S8.



Melalui ciri Floating Bar ini, pengguna dapat menetapkan beberapa fungsi kegemaran untuk akses yang lebih pantas. Ianya seperti yang dibawakan oleh Samsung untuk ciri Edge Display cuma ianya hanya satu jalur kecil(tab) yang boleh dikeluarkan dari tepi skrin.

Mereka turut menambah ciri baru seperti ciri Always On Display. Skrin akan sentiasa dibuka dengan paparan fungsi "Quick Tools" seperti kawalan musik atau album gambar. Peranti ini dapat mengesan pergerakkan dan pengguna tidak perlu menekan butang kuasa dahulu untuk mengaktifkan ciri Always On Display.



Antaramuka baru dari LG ini turut membawakan sokongan fotografik baru yang diberi nama "Graphy" dalam tetapan mod kamera manual. Graphy akan membenarkan pengguna memuat turun preset gambar yang diambil oleh jurugambar professional seperti tetapan ISO, White Balance dan Shutter Speed. LG turut membawakan fungsi yang memudahkan penghasilan video GIF dan beberapa lagi trik dan layover menarik untuk video.

Untuk fungsi sekuriti pula LG V30 akan disertakan dengan pengimbasan wajah dan pengecaman suara melalui UI suara Qualcomm Aqstic.

Beberapa info tertiris sebelum ini mengatakan peranti ini bakal dibina dengan tetapan dwi-kamera f/1.6 iaitu nilai aperture terbesar untuk telefon pintar ketika ini. Antara yang lain, ianya mungkin hadir dengan cip SD 835 dan RAM sebesar 6 GB. LG V30 dijadualkan pelancarannya pada 31 Ogos ini di Berlin, German.

Sumber: GSM Arena, Androidcentral