Jam tangan pintar ini beroperasi dengan platform Android Wear 2.0 hadir dengan rekaan yang sesuai digayakan fesyen terkini.
Grayson merupakan versi khusus buat pemakai lelaki tampil dengan dail berputar berfungsi untuk menavigasi antara menu.
Michael Kors menyatakan Grayson akan ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu:
- Emas
- Stainless Steel
- Biru
- Hitam
Satu lagi model adalah untuk pemakai wanita yang diberi nama Sofie. Ia mempunyai rekaan yang lebih kecil dan "anggun".
Ditawarkan dengan 8 pilihan tali yang boleh ditukar mengikut kegemaran pemakai.
Kedua-dua model ini akan beroperasi dengan platform Android Wear 2.0 dan dilengkapi ciri pengesanan kecergasan.
Jam tangan pintar ini turut digandingkan dengan sebuah aplikasi dipanggil The Michael Kors My Access.
Aplikasi tersebut membolehkan pemakai menyambung jam tangan pintar mereka ke akaun Instagram.
Pemakai boleh menetapkan foto kegemaran mereka sebagai antaramuka jam dan juga mampu mengedit gambar hanya dari jam tangan pintar itu.
Tarikh dan harga kedua-dua model ini masih belum diumumkan.
Sumber: Business Wire
Berkaitan
- Xiaomi Hentikan Sementara Penawaran Android Oreo 8.0 Untuk Mi A1
- Senarai Telefon Pintar Yang Akan Dapat Kemaskini Android 9 Pie
- Galaxy S8 Dan Galaxy Note 8 Tidak Akan Terima Android 10
- Samsung Mungkin Terima Kemaskini Android Oreo Pada Awal 2018
- Bill Gates Akui Silap Besar Tidak Kalahkan Android
- Aplikasi Google Contacts Kini Ditawarkan Pada Telefon Pintar Android Yang Lain
- Android 11 Tidak Membenarkan Pengubahan Wajah Pada Aplikasi Kamera
- Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS
- Android P Dilapor Akan Hadir Dengan Sokongan Untuk Paparan Skrin Takuk
- Senarai Telefon Pintar Yang Bakal Menerima Kemaskini Android Oreo Pada Tahun Ini