Antaramuka Instagram Akan Diberi Nafas Baru, Tatal Secara Melintang Untuk Lihat Perkongsian

Bermula dengan susun atur paparan pada ruang profil, Instagram kini dilaporkan sedang membangunkan cara navigasi baru untuk beralih dari satu perkongsian ke perkongsian yang lain.

Menggarap laporan dari @WABetaInfo, ciri "Cards" bakal tampil pada peranti Android dan iOS kelak.



Perkembangan ini dilihat selari dengan laporan "Instagram Uji Ciri Sentuhan Untuk Melayari Perkongsian Kenalan" dimana pengguna hanya perlu sentuh kepada perkongsian, mirip seperti Instagram Stories.

Walaubagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ia perlu ditatal secara melintang ataupun hanya perlu sentuh sahaja. Untuk itu, sama-sama kita nantikan versi akhir kemaskini.

Sumber: @WABetaInfo