Terbaru, Google dilihat mula menguji antaramuka (UI) baharu bagi mod memandu di Google Maps. Melalui antaramuka baharu ini, ia membolehkan pengguna menavigasi aplikasi dengan lebih mudah semasa memandu. Antaramuka ini juga dikatakan hampir sama dengan antaramuka Android Auto.
Skrin navigasi pada aplikasi mempunyai dua butang yang lebih besar di bahagian bawah iaitu butang arahan suara dan home screen. Juga, terdapat kawalan memainkan muzik pada bahagian atas butang tersebut.
Jika berada pada home screen dan lain-lain, butang ketiga iaitu Maps akan muncul dimana ia membolehkan pengguna dengan pantas kembali pada skrin navigasi.
Buat masa ini, antaramuka baharu Google Maps hanya tersedia untuk beberapa pengguna. Belum diketahui bila ia akan dilepaskan kepada semua pengguna.
Sumber: Android Police
Berkaitan
- Pengguna Android Mula Terima Kemaskini Google Translate Dengan Mod Transkripsi Masa Nyata
- Google Perkenal Bard, Bakal Bersaing Dengan ChatGPT
- Lesen Huawei Tamat, Apa Nasib Peranti Huawei Dengan Perkhidmatan Google?
- Bloomberg: Google Cari Pembekal Untuk Pindahkan Beberapa Pengeluaran Pixel Ke India
- Google Lancar Ciri Seperti "Find My" Apple, Boleh Jejak Peranti Di Luar Talian
- Google Lancar Android 11 Developer Preview
- Google Mengaktifkan SOS Alert Bagi Carian Berkaitan Coronavirus
- Huawei Memperkenalkan Petal Maps - Aplikasi Seumpama Google Maps
- Google Perkenal Pixel Tablet - 10.95", 8GB RAM, Tensor G2
- Google Search Mungkin Tidak Lagi Percuma Sepenuhnya