Antara Yang Menarik Tentang Pelancaran Android Wear 2.0

Sistem operasi Android Wear 2.0 dijangkakan pelancarannya pada malam ini atau awal pagi esok.

1. Android Pay

ap_resize-1

Google telah mengesahkan mereka sudah bersedia untuk membawa fungsi ‘Tap-To -Pay’ untuk Android Wear. Jika dilihat pada Google Play Service versi ke 10.0 yang memperlihatkan beberapa arahan dari Google seperti “Try holding your watch to the terminal again”. Jika anda mempunyai jam pintar Android Wear yang dibina dengan cip NFC, anda boleh membayar di kaunter dengan hanya menyentuhkan jam anda dengan mesin NFC. Sama seperti anda menggunakan kad Maybank dengan fungsi Wave.

2. LG Watch Sport Dan LG Watch Style

Beberapa bulan yang lepas, laman Android Police ada melaporkan tentang khabar angin mengenai jam tangan pintar yang akan dibangunkan oleh Google iaitu (LG Watch Sport dan LG Watch Style) dengan kerjasama dari LG.

cdddddd-1485680265-oona-column-width-inline-1486380919-8BHf-column-width-inline Kapsyen:                                                                                                         LG Watch Sport (disclaimer:gambar tak rasmi)


Ianya dijangka dimuatkan dengan RAM 768GB bersama paparan skrin 1.38 inci 480p. Selain itu, dikhabarkan juga jam ini akan dimuatkan dengan bateri bersaiz 430mAh bersama IP68 dan memori alaman 4GB.

 

 

LG-Watch-Style-Packaging-2 Kapsyen:                                       LG Watch Style (disclaimer:gambar tak rasmi)


gsmarena_001 (4) Kapsyen:                                                                                                      Gambar tertiris terbaru


Manakala LG Watch Style pula dijangka akan dibina dengan RAM yang sedikit kecil dengan 512MB bersama paparan skrin 1.2 inci pada 360p. Manakala saiz bateri pula hanya 240mAh. Selain itu, difahamkan Google Assistant juga akan disepadukan ke dalam kedua-dua jam pintar berkenaan. Google Assistant merupakan pembantu maya yang dibina Google dan buat masa ini digunakan pada aplikasi Allo, telefon pintar Pixel dan juga Google Home (speaker yang didayakan dengan input suara).

4. Sistem Operasi Baru (ofcourse lah)

Untitled

Fungsi terbaru yang dibawakan oleh Android Wear 2.0 selain Google Assistant yang menjadi perhatian adalah 'Standalone App'. Dengan Android Wear 2.0, pengguna tidak lagi perlu bergantung pada sambungan ke telefon pintar untuk memuat turun aplikasi atau mengubah tetapan. Pengguna boleh mengawal tugasan terus di jam pintar.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Android Wear 2.0 dalam masa terdekat ini.