Antara Sebab Kenapa Telefon Android Lebih Hebat Dari iPhone







Sebelum ini kami telah pun mengeluarkan sebuah artikel dimana kami membincangkan antara sebab iPhone masih menjadi pilihan di hati pengguna. Oleh kerana mahu berlaku adil, kali ini kami akan memberi pula antara sebab Android lebih hebat dari iPhone.



Banyak Pilihan



Tidak dapat diragui, hampir kesemua, telefon pintar dibina menggunakan sistem operasi Android. Anda mendapat banyak pilihan dari segi jenama, rekaan, keupayaan kamera, harga dan pelbagai lagi berbanding iphone. Namun, terlalu banyak pilihan juga mungkin menjadi sebab pengguna memilih iPhone. Terpulang.



Senang Di Ubahsuai



Jika anda bosan dengan design homepage atau rekaan papan kekunci, anda boleh mengubah mengikut citarasa anda sendiri. Kini terdapat banyak aplikasi yang boleh dimuat turun seperti launcher atau theme. Mudah.



Hardware



Kami akan menggunakan Samsung S7 Edge sebagai rujukan atau tanda aras untuk Android. Dari segi hardware, tidak dapat disangkal bahawa telefon Android Samsung Galaxy S7 Edge (Rujukan) memiliki keupayaan yang jauh lebih tinggi berbanding iPhone 7. Dengan RAM yang bersaiz 4GB dan pemproses Octa-core 2.3 GHz Exynos 8890, resolusi skrin 2560 x 1440 dengan ketumpatan pixel 534ppi, skrin AMOLED, kapasiti bateri sebesar 3,600 mAh, Galaxy S7 Edge mudah menewaskan iPhone dari segi hardware.



Kad memori Micro SD



Anda boleh menambah kapasiti storan dengan menggunakan kad micro SD. iPhone dibina dengan storan yang tidak boleh diubah suai. Ianya datang dengan harga berlainan untuk saiz storan yang berlainan.



Harga



Yang paling menarik tentang telefon Android adalah kebanyakkan mereka datang dengan harga yang jauh lebih murah berbanding iPhone. Huawei P9 yang juga memiliki keupayaan dwi-kamera yang tinggi dan spesifikasi yang hebat hanya berharga RM2099. OnePlus 3 juga antara telefon hebat  yang mampu bersaing dengan iPhone tetapi tampil dengan harga yang lebih murah.



Rumusan Wiser.my



Banyak lagi kebolehan dan keupayaan yang anda boleh nikmati dengan menggunakan Android seperti bateri yang boleh ditanggalkan, fungsi kalis air (2 tahun lebih pantas dari iPhone 7), kabel cas USB yang sangat 'universal', digunakan oleh kebanyakkan peranti lain, dan banyak lagi. Bagi kami, ianya bergantung kepada citarasa anda sendiri. Kedua-dua telefon Android dan iPhone mempunyai kebolehan dan kekurangan masing-masing.



Anda harus menilai sendiri tahap penggunaan anda mengikut spesifikasi dan harga yang sesuai dengan anda. Jadi, ikutilah perkembangan teknologi telefon pintar di Wiser.my untuk mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan berita terkini.