Antara Sebab Kenapa iPhone Masih Menjadi Pilihan

Wiser.my akan membincangkan tentang kenapa iPhone masih menjadi pilihan orang ramai walaupun terdapat beberapa telefon pintar Android di pasaran yang setanding dengan iPhone seperti Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge, One Plus 3, LG G5 antaranya. Kami akan mengupas satu per satu antara faktor yang menjadikan iPhone sebuah gadjet idaman setiap pengguna telefon pintar.

Aplikasi Untuk iPhone Adalah Yang Pertama Dan Yang Terbaik

Semua aplikasi yang terbaik di dunia datang ke iPhone terlebih dahulu seperti contoh Super Mario dan PokemonGo dan banyak lagi. Terdapat lebih banyak aplikasi khas untuk iPhone sahaja berbanding Android. Walaupun Android masih menerima aplikasi terbaik(lambat), kita dapat lihat versi rekaan aplikasi untuk iPhone lebih cantik berbanding Android seperti contoh beberapa ciri aplikasi Snapchat dan Spotify yang telah dikemaskini datang ke iPhone dahulu sebelum Android.

Update Yang Cepat Dan Pantas

Pengguna iPhone mudah menerima kemaskini sistem operasi iOS. Tidak seperti Android yang mengambil masa beberapa bulan untuk hadir ke peranti mereka. Jika peranti Android anda telah berusia lebih 18 bulan, anda perlu membeli peranti baru untuk mendapatkan kemaskini terbaru Android. Hal ini berlaku kepada kemaskini Nougat 7 yang hanya tampil ke beberapa peranti Android sahaja setakat ini, atau pengguna perlu membeli LG V20, Nexus dan Pixel untuk merasai sistem operasi Nougat 7. Sistem Operasi iOS 10 masih boleh digunakan oleh iPhone 5 walhal iPhone 5 sudah 3 tahun dilancarkan.

Mudah Untuk Disambungkan Ke Peranti Lain

Jika anda mempunyai iPhone, iPad dan Mac, anda boleh mengekses informasi dari peranti ke peranti dengan mudah. Anda boleh mengekses atau 'syncronize' gambar ke ketiga-tiga peranti anda. Anda juga boleh menjawab panggilan dari iPad atau Mac dan menghantar mesej dari peranti lain. Terdapat juga fungsi 'Handoff' yang membenarkan anda memulakan tugas menggunakan iPhone dan menyambung tugasan anda di iPad atau Mac. Penyambungan yang mudah antara peranti Apple adalah salah satu resepi yang Android masih belum capai seperti aplikasi AirDrop yang membolehkan anada berkongsi file dari iPhone ke Mac. Penyambungan ini berfungsi secara wireless terus ke Mac walaupun tiada sambugan Wi-Fi.

Tiada Bloatware

Anda mesti pernah cuba untuk membuang aplikasi 'pre-installed' yang terdapat dalam sistem telefon Android anda. Kebanyakkan syarikat pembuat telefon sering meletakkan aplikasi mereka sendiri di dalam Android. Jika anda tidak menggunakan aplikasi tersebut, ianya hanya menyemakkan sistem telefon anda atau lebih teruk menyebabkan bateri anda cepat habis kerana aplikasi tersebut masih berjalan di 'background' tanpa anda sedar (Bloatware).

Pengguna tidak digalakkan untuk 'Uninstall' aplikasi 'pre-installed' kerana ini akan menyebabkan kerosakan dan sistem tidak stabil atau mungkin anda akan di sekat dari menerima kemaskini dari Android. Pengguna mungkin boleh membekukan plikasi 'pre-installed' namun ianya masih dipaparkan di dalam sistem dan masih menggunakan ruang storan telefon Android.

iPhone masih memiliki aplikasi 'pre-installed' namun untuk iOS 10 pengguna sekurang-kurangnya boleh membuang sebahagian dari 'user data' dan menyembunyikan aplikasi Apple tersebut.

Harga Tidak Jatuh

Harga iPhone 6s Plus second-hand masih berada dalam lingkungan RM3000- RM2800. Satu penurunan yang agak kecil dengan hanya 26%-30% peratus penurunan harga berbanding telefon Android. iPhone 5s second-hand juga masih dijual RM1000 ke atas. Maksudnya, iPhone dapat mengekalkan nilainya di pasaran atas faktor permintaan yang paling tinggi berbanding Samsung, HTC, Lenovo dan telefon Android yang lain.

Lightning Lagi Hebat Dari Micro USB

Pengguna peranti Apple menggunakan kabel Lightning unutk mengecas dan menyambung peranti mereka. Kabel lightning jauh lebih hebat berbanding Micro USB yang digunakan oleh peranti Android. Dengan kable lightning, anda tidak akan tersalah pasang ke port kerana ianya direka tanpa bahagian bawah atau atas. Tiada istilah terbalik untuk kabel Lightning.

Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge telah tampil dengan ciri cas tanpa wayar (wireless) dimana ianya sangat bagus berbanding Lightning namun pengguna Android masih perlu menggunakan kabel Micro USB untuk sesetengah urusan.

LG V20 pula telah menampilkan USB C yang menjadi pencabar Lightning, namun setakat ini ianya masih belum menjadi sepesifikasi standard kepada semua peranti Android.

Gaya, Mutu, Keunggulan

Tidak dinafikan iPhone melambangkan kekayaan dan style tersendiri terutamanya di Malaysia. Berapa ramai kenalan yang anda kenal mahu menggunakan iPhone hanya kerana ianya satu trend?

Antara sebab kenapa pengguna kental iPhone (iFaggot) tidak mahu langsung pandang telefon Android adalah kerana mereka merasa bangga mempamerkan gadjet mereka atau mereka sudah terlalu selesa dan tidak pernah menghadapi isu berat ketika menggunakan iPhone.

Pengguna juga mudah mengawal notifikasi, mudah berkongsi music dan movie bersama pengguna iPhone yang lain. Disamping ciri 'user friendly' yang diketengahkan oleh iPhone, aplikasi media sosial seperti iMessage, FaceTime dan FaceTime Audio adalah satu faktor pengguna tidak berubah ke Android.

Apa pandangan anda?