Animasi Ejen Ali The Movie Sudah Memungut Sebanyak RM6.4 Juta

Hanya selepas tiga hari tayangan.


Filem animasi terbaru buah tangan Malaysia, Ejen Ali The Movie dilaporkan sudah berjaya mencapai kutipan jualan tiket sebanyak RM6.4 juta selepas tiga hari ditayangkan.

Hasil kutipan itu adalah menerusi tayangan serentak di 162 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sebelum ini, Ejen Ali The Movie berjaya mencatat rekod baru bagi kutipan hari pertama untuk filem animasi tempatan apabila mengutip lebih daripada RM1.8 juta, pada hari pertama tayangannya, minggu lalu.

Sejak mula ditayangkan pada 28 November 2019, filem animasi ini telah berjaya mengatasi dominasi filem terbaru Disney, Frozen 2.

Ejen Ali The Movie merupakan filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation yang  mengisahkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan yang berperanan melindungi kota futuristik, Cyberaya daripada ancaman luar.

Jadi, sempena cuti sekolah yang baru bermula ini, jom bawa keluarga menonton filem tersebut di pawagam berdekatan.

Bersama kita menyokong animasi buatan anak Malaysia dan membawa filem malaysia kepersada dunia.

Berkaitan