Angry Birds Dalam Dunia AR Menerusi Magic Leap

Magic Leap merupakan satu syarikat startup yang ditunggu-tunggu selama ini kerana potensi yang dijanjikan mereka dimana mereka pernah dinilaikan sehingga RM 24 bilion. Produk mereka, Magic Leap One bagaimanapun dianggap tidak memenuhi jangkaan berbanding dengan apa yang mereka janjikan satu ketika dahulu.

Dengan tag harga bernilai RM 9,508, Magic Leap One boleh dikatakan satu peranti AR yang mahal sebagai peranti permulaan. Rovio, sebuah pembangun yang terkenal dengan permainan Angry Birds telah mengumumkan francais terkemuka mereka ke platfom Magic Leap.

https://youtu.be/Lum4tTsqKbc

Angry Birds: First Person Slingshot yang direka bersama Resolution Games itu boleh dimainkan di peranti Magic Leap dalam dunia AR. Dengan menggunakan joystick yang berfungsi sebagai alat lastik dalam permainan, mereka boleh bermain permainan tersebut dalam dunia dimensi 3D. Pengguna boleh bermain permainan tersebut di atas meja mahupun di atas lantai asalkan permukaanya rata.

Dalam perkembangan yang sama, Sennheiser telah bekerjasama dengan Magic Leap untuk menghasilkan aksesori audio untuk Magic Leap One. Sennheiser menjanjikan program Works with Magic Leap akan membolehkan produk mereka diintegrasikan bersama-sama peranti AR/VR Magic Leap.