Andy Rubin Memperlihat Peranti Dengan Rekaan Yang Janggal - Adakah Ini Essential Phone 2?

Pengasas Android dan juga pengasas syarikat Essential Products, Andy Rubin telah menaikmuat beberapa kicauan di laman Twitternya mengenai satu peranti pintar baharu.

Dengan kod nama "Gem", peranti itu mempunyai rekaan memanjang ke bawah menyamai rekaan sebuah alat kawalan televisyen. Belakang peranti itu direka dengan bahan "colorshift material" yang mampu untuk merubah warna mengikut sudut yang dipandang.

Ketika ini, hanya 4 variasi warna yang dipertontonkan.

https://twitter.com/Arubin/status/1181688540540764160

Peranti itu berkemungkinan menjalankan Android dengan antaramuka yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Di dalam kicauannya, Andy Rubin mengatakan antaramuka tersebut adalah baharu untuk menampung rekaan memanjang tersebut.

https://twitter.com/Arubin/status/1181688574975983616

Tidak beberapa lama selepas pengasas syarikat Essential itu menaikmuat kicauan, akaun rasmi Essential Twitter pula menambah sedikit maklumat  pula mengatakan bahawa peranti ini masih dalam ujian awal. Berkemungkinan reka bentuk memanjang sebegini akan kekal sehingga ke produk akhir siap nanti.

https://twitter.com/essential/status/1181734328130252802

Essential sebelum ini telah melancarkan peranti pertamanya, Essential Phone pada 2017. Peranti itu diposisikan sebagai kelas flagship yang direka oleh pengasas Android dalam pasaran peranti pintar.

Walau bagaimanapun, Essential Phone gagal menarik perhatian pembeli kerana harga yang dijual agak tinggi dengan prestasi kamera yang kurang baik. Essential tahun lepas telah memberhentikan jualan peranti tersebut ekoran rekod jualan yang kurang memberansangkan.