Android Q Ada Ciri Kesan Kemalangan Kenderaan, Diuji Pada Google Pixel



Pada Google I/O 2019, Android Q Beta 3 diumumkan bersama beberapa perubahan dan ciri-ciri seperti mod gelap, isyarat gerak yang baru, dan lain-lain.

Salah satu ciri yang disediakan dipanggil sebagai Safety Hub yang mana kini diuji pada peranti Pixel dan difahamkan hanya eksklusif untuk peranti ini sahaja.

Mengutip laporan dari XDA-Developers, terdapat beberapa baris arahan dalam kod sumber yang memberi bayangan ia mungkin sebuah ciri yang memberi amaran sekiranya pengguna kemalangan.
<string name="car_crash_alert_icon_description">Car crash icon</string>
<string name="car_crash_detection_dogfood_title_text">Car Crash Detection Dogfood</string>
<string name="car_crash_dogfood_app_name">Car Crash Dogfood</string>
<string name="car_crash_permission_preference_title">@string/car_crash_permissions_menu_item_text</string>
<string name="car_crash_permissions_menu_item_text">Car Crash Dogfood Permissions</string>
<string name="dogfood_welcome_text">\u0009Welcome to the car crash detection dogfood.
In order to properly use this feature, please enable the following permissions. Once you enable them, this dogfood will automatically launch an alert activity when the device detects you are in a car crash.</string>

Selain daripada itu, terdapat juga dua ikon menunjukkan gambaran kenderaan berlanggar. Namun begitu, belum dapat dipastikan lagi bagaimana ciri ini akan berfungsi yang manaGoogle mungkin menggunakan data dari sensor pecutan atau juga mikrofon



Malah, pada kod sumber  tersebut tidak menunjukkan apa yang bakal terjadi selepas kemalangan berlaku. Ia mungkin akan memberi amaran kepada kenalan yang ditetapkan dalam kategori kecemasan atau menghantar butiran keadaan kemalangan kepada pihak polis atau bomba.

Android Q masih lagi diuji dalam versi Beta dan mungkin pihak pembangun akan mendedahkan serba sedikit mengenai fungsi ini sebelum pelancaran versi stabil sekitar Septermber nanti.

Sumber: XDA dan Giz China