Android Pie Dilaporkan Beri Masalah Bateri Kepada Peranti Yang Menggunakannya

Android Pie dilancarkan secara rasmi pada Ogos lalu dan salah satu perkara yang dijanjikan Google pada peranti yang menggunakannya ialah daya tahan bateri yang lebih baik.

Ia dikatakan dapat dilaksanakan melalui fungsi Adaptive Battery yang menggunakan kecerdasan buatan(AI) untuk meningkatkan ketahanan bateri ke tahap yang lebih tinggi daripada biasa.

Bagaimanapun, menurut laporan dari VentureBeat, perkara tersebut tidak berlaku. Malah, selepas tiga bulan ia dilancarkan, Android Pie dilaporkan mempercepatkan kadar penurunan bateri melebihi kebiasaan pula.

Baca juga: 5 Fungsi Menarik Yang Bakal Hadir Pada Android Pie

Google Pixel 3 dan Pixel 3XL sebelum ini dikaitkan dengan masalah bateri yang gagal bertahan untuk satu hari walaupun tidak melalui penggunaan keras. Namun, dengan laporan terbaru ini, mungkin sistem Android Pie inilah punca kepada permasalahan berkenaan.

Diharapkan Google mengambil maklum dan mencari penyelesaian segera mengenai perkara ini. Hal ini kerana lebih banyak peranti yang akan menerima kemaskini Android Pie sepanjang beberapa bulan yang mendatang.

 

Sumber: VentureBeat

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408