Android P Untuk Xiaomi Mi Mix 2S?

Android P versi developer preview sudah diumumkan pada bulan Mac lepas yang membawakan beberapa perubahan baru yang boleh digunakan untuk peranti Google seperti Pixel dan Pixel 2 ketika ini.

Xiaomi pula mengumumkan peranti Mi Mix 2S mereka juga mendapat versi developer preview pada 8 May ini dan perkara tersebut mengejutkan pengguna Android yang lain kerana ini merupakan kali pertama peranti bukan Google mendapat versi awal Android.

Walau bagaimanapun, Xiaomi telah memadam kiriman mereka itu dari Forum MIUI dan mengandaikan rancangan mereka mengenai Android P versi developer preview mungkin tidak akan terjadi.

Namun jika mengikut mereka yang berada di XDA forum, mereka telah menemui firmware Android 9.0 yang sedang diusahakan untuk Mi Mix 2S. Jika perkara ini berterusan, ini merupakan perkara baik untuk pengguna Mi Mix 2S  yang besar kemungkinan juga akan mendapat versi Android P lebih awal dari peranti-peranti Android yang lain.