Android P Akan Tiba Untuk Semua Peranti Nokia

HMD Global pagi tadi telah mengeluarkan 3 peranti; Nokia 2.1, 3.1, dan 5.1. Ketiga-tiga peranti tersebut merupakan olahan semula peranti Nokia terdahulu dengan beberapa naik taraf dari segi perkakasan.

Kesemua peranti Nokia kini menggunakan sistem operasi Android yang asli dan terdapat jaminan yang kesemua peranti ini akan mendapat sekurang-kurangnya 2 kemaskini versi Android.

Perkara ini dikongsikan oleh pengurus pemasaran global, Neil Broadley sebelum majlis Nokia pagi tadi. Ini merupakan komitmen Nokia untuk memastikan peranti mereka sentiasa dapat berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah besar.



Untuk makluman semua, peranti Nokia 7 Plus kini boleh mencuba versi Android P Beta yang sudah boleh didapati di SINI.