Android Oreo Beta Akan Dilepaskan Untuk Huawei Nova 2i Malaysia

Seperti yang telah dijanjikan, program beta EMUI 8.o berasaskan Android Oreo 8.0 akan mula ditawarkan kepada pemilik Huawei Nova 2i di Malaysia.

Memasuki pasaran Malaysia pada September tahun lalu, peranti ini didatangkan dengan EMUI 5.1 yang berasaskan Android Nougat 7.0 dan merupakan segmen pertengahan pertama yang mengetengahkan nisbah paparan 18:9.



EMUI 8.0 merupakan antaramuka baru bagi peranti Huawei dan model-model lain yang dijanjikan dengan kemaskini adalah Nova 2, Nova 2 Plus, Nova Youth Edition, Mate 8, P9 dan P9 Plus.

Bagi pemilik yang berminat untuk mencuba versi beta ini boleh layari pautan berikut.

EMUI 8.0 Beta