Android Oreo 8.1 Menyertakan Fungsi Paparan Kelajuan WiFi

Tidak semua rangkaian WiFi awam mempunyai kelajuan yang tinggi dan biasanya kita akan teragak-agak untuk memilih rangkaian mana yang boleh memberi akses pantas ke internet.

Namun kemaskini baru yang dibangunkan Google bakal menyelesaikan masalah tersebut dimana ia akan memaparkan kelajuan setiap WiFi awam yang dikesan peranti.



Ciri paparan kelajuan WiFi itu akan terkandung didalam Android Oreo 8.1 yang mana melaluinya, ia akan membahagikan paparan kelajuan kepada empat kategori.

  1. Slow: Anda boleh guna untuk panggilan WiFi, anda boleh buat panggilan telefon dan hantar teks.

  2. OK: Anda boleh bukan halaman web, guna sosial media, dan strim muzik.

  3. Fast: Anda boleh strim kebanyakkan video.

  4. Very Fast: Anda boleh strim video berkualiti tinggi.


 



Buat masa sekarang kemaskini Android Oreo 8.1 ini hanya terhad kepada peranti dari Google sendiri iaitu siri Pixel, Nexus 6P dan Nexus 5X.

Sumber: Google