Android O Semakin Menghampiri Dengan Siri Terakhir Preview Pembangun Telah Siap

Google pada hari isnin telah mengeluarkan versi ke-4 dan terakhir untuk siri preview pembangun Android O, memberikan sedikit gambaran tentang apa yang pengguna dapat lihat sebelum versi penuh keluar sepenuhnya nanti.

Siri ke-4 ini juga membolehkan pembangun aplikasi untuk melihat bagaimana sistem operasi terbaru itu berfungsi dan membenarkan mereka untuk melakukan pengubahsuaian kepada aplikasi mereka sekarang supaya sebarang masalah dapat diatasi sebelum sampai ke tangan pengguna.

Naib presiden Android, Dave Burke juga berkata pengguna yang memakai versi terbaru Android adalah kalangan pengguna yang aktif.

Mereka lebih mementingkan samada aplikasi mereka mengguna pakai sepenuhnya fungsi terbaru Android yang  sudah kita ketahui sebelum ini.



Kepada mereka yang ingin melihat versi yang hampir siap ini, perlulah mendaftarkan diri untuk program beta Android.

Tetapi program ini hanyalah untuk peranti terpilih sahaja dan kebanyakkan adalah peranti Nexus atau Pixel.

Sumber