Android O Dilancarkan Secara Rasmi: Apa Yang Baru?

Google hari ini telah melancarkan versi 'developers-only preview' Android O, versi terbaru mereka selepas Android 7.0 Nougat. Versi terdahulu telah menambah fungsi split skrin dan balas langsung ke mesej, versi terbaru ini dilihat untuk membaiki isu jangka hayat bateri dan membuatkan sistem operasi lebih cekap.

Bagaimana untuk mendapatkan Android O?

Android O boleh didapati sebagai muat turun yang memerlukan anda untuk 'flash' peranti anda, memadam semua kandungan dalam masa yang sama. Ini adalah versi terawal yang masih belum siap dan mungkin banyak fungsi lain yang akan menyusul termasuk kerja-kerja penstabilan akan dilakukan oleh Google. Dalam kata lain, versi ini tidak sesuai untuk digunakan untuk kegunaan harian.

Tetapi jika anda rasa anda memerlukannya, peranti yang menyokong versi ini sekarang ialah Nexus 5X, Nexus 6P, Nexus Player, Pixel, Pixel C dan Pixel XL.

Jangka hayat bateri yang lebih baik

Memberi jangka hayat bateri yang lama ialah matlamat 'Background Limits', fungsi yang disertakan di dalam 'release notes' untuk 'developer preview' Android O. Untuk mencapai sasaran, Google memasukkan fungsi had automatik untuk apa yang aplikasi boleh lakukan dalam 'background'. Fungsi ini juga telah wujud di Android N.

Fungsi ini akan meletakkan had kepada servis 'background' dan kemaskini juga akan dilakukan pada masa tertentu bagi menghalang aplikasi untuk menggunakan sumber bateri pada masa anda tidak menggunakannya.

Notifikasi ditambah baik

Android O juga akan memperkenalkan 'Notification Channels', yang akan mengkategorikan notifikasi kepada saluran. Dengan cara ini, pengguna akan memblok atau menukar jenis notifikasi kepada bentuk kumpulan.

Android akan menyalin untuk anda

Fungsi besar lain Android O adalah membantu anda untuk mengisi maklumat. Versi ini akan mengandungi 'API Autofill' membenarkan pengguna untuk memilih aplikasi 'autofill', cara yang sama digunakan untuk memilih papan kekunci. Applikasi 'autofill' boleh menyimpan data pengguna termasuk alamat, 'username' dan kata laluan.

Bunyinya sama seperti khabar angin tentang fungsi 'Copy Less'. 'Copy Less' dengan automatik menyalin data ke papan klip dalam membantu anda memilih, dan menyalin.

Mesej dan peta akhirnya berfungsi bersama

Android O mungkin akan memberikan aplikasi mesej kemudahan untuk mengenal pasti alamat dalam bentuk teks dan membolehkan anda membukanya di aplikasi peta. Fungsi ini dilhat pelik tidak wujud sebelum ini kerana pengguna iOS telah biasa menggunakannya untuk beberapa tahun.

Aksi berasaskan isyarat

Fungsi ini akan membolehkan pengguna untuk menggunakan isyarat untuk berkomunikasi dengan peranti. Sebagai contoh, dengan melukis bentuk huruf C di skrin, senarai 'contact' akan keluar di skrin.

Bila Google akan mengeluarkan Android O kepada orang awam?

Seperti tahun lepas, Google telah mengeluarkan versi 'developer' Android O dalam bulan Mac, jadi dijangka Google I/O perjumpaan 'developer' pada bulan May akan memperincikan kemaskini terbaru.

Jika Google mengikut cara mereka yang lepas, versi penuh Android O akan tiba lewat musim bunga atau awal musim luruh. Seterusnya bergantung pula kepada kemaskini untuk peranti sedia ada. Nougat, yang keluar pada tahun 2016 hanya digunakan baru-baru ini pada peranti seperti Samsung Galaxy S7.

Apa nama lain bagi Google Android O?

Naib Presiden Google Android, Hiroshi Lockhmeimer telah membayangkan Android O akan menggunakan nama sempena biskut sandwich yang terkenal-*cough* Oreo *cough*

Sumber