Android O Bakal Membawakan 3D Touch

Apa itu 3D Touch?

Ia merupakan satu bentuk perkakasan pada paparan yang boleh membezakan antara tap, tekan sekejap dan juga tekan kuat.

Dengan tap, applikasi tersebut akan terbuka.

Dengan tekan sekejap, hanya akan menunjukkan preview tentang notification tersebut tanpa membuka aplikasi tersebut.

Dengan tekan keras pula, applikasi akan terbuka setelah anda melihat preview tadi.

Setakat ini, hanya iPhone 6s dan 7 sahaja yang mempunyai ciri ini di peranti telefon pintar dan semua itu mungkin akan berakhir dengan kedatangan Android O.

Terima kasih dengan perlaksanaan perisisan dari Google, anda tidak memerlukan iPhone dengan paparan bersensitif tekanan untuk menikmati ciri ini.

Ciri ini telah pun dilaksanakan di peranti Pixel dan akan berfungsi dengan telefon pintar yang menggunakan Android 7.1.1 Nougat.



Untuk anda yang sudah pun terlibat dengan program Android O Beta, bolehlah mencuba fungsi ini di telefon pintar anda.

Sumber