Android Chrome Akan Letakkan Search Bar Di Bahagian Bawah Skrin

 

Sejak kebelakangan ini Google dilihat sedang mengubah beberapa kali antara-muka aplikasi Android mereka dengan meletakkan sebahagian dari kawalan kekunci ke bahagian bawah paparan. Ianya memang masuk akal kerana dengan telefon pintar kini yang semakin mempunyai paparan yang besar, sangat sukar untuk pengguna mencapai ke bahagia atas untuk menggunakan  Search Bar misalnya.

Walaupun ianya masih belum diumumkan secara rasmi, ianya adalah fungsi baru yang bakal dipanggil 'Chrome Home'. Pengguna boleh menggerakkan Adress Bar, Tab Switcher atau butang Setting Menu dari atas ke bawah. Anda boleh mencuba fungsi baru yang masih dalam pembinaan ini menggunakan versi Development Chrome untuk Android dan anda perlu menggunakan Chrome flag. Anda hanya perlu ke chrome://flags/#enable-chrome-home untuk menggunakan fungsi baru ini.

Sumber: Engadget