Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Authority Menguji Perbezaan Paparan 60Hz dengan 90Hz Di Kalangan Pengguna

Android Authority Menguji Perbezaan Paparan 60Hz dengan 90Hz Di Kalangan Pengguna

Diterbitkan Disember 18, 2019 · Dikemas kini Disember 18, 2019 oleh irfan suhaimee

[tps_start_button label=”Start slideshow” style=”” class=””]

Dengan kemunculan pelbagai peranti dengan paparan 90Hz, ia dilihat bakal menjadi trend terutamanya bagi peranti keluaran tahun hadapan. Laman teknologi terkenal iaitu Android Authority baru sahaja memuatnaik sebuah video di laman Youtube mengenai paparan tersebut.

Video yang bertajuk “Does 90Hz REALLY matter??”  tersebut bertujuan untuk mengenalpasti adakah pengguna mengetahui perbezaan paparan 60Hz dengan papran 90Hz.

Android Authority Menguji Perbezaan Paparan 60Hz dengan 90Hz Di Kalangan Pengguna

Menurut pengacaranya iaitu Ryan-Thomas Shaw, beliau memanggil beberapa responden dari kalangan pengguna biasa bagi membuat ujian perbezaan kedua paparan tersebut. Para responden terdiri dari pelbagai jenis umur dan jantina. Mereka akan diberi dua peranti iaitu dua buah One Plus 7T dan dua buah Realme X2 Pro.

Android Authority Menguji Perbezaan Paparan 60Hz dengan 90Hz Di Kalangan Pengguna

Android Authority Menguji Perbezaan Paparan 60Hz dengan 90Hz Di Kalangan Pengguna

Peranti tersebut ditetapkan pada paparan 60Hz dan 90 Hz dan kesemuanya ditetapkan dalam kecerahan maksimum. Kesemua peranti akan menggunakan gambar tema dan membuka aplikasi yang sama.

Para responden akan diberi  One Plus Pro 60Hz dan One Plus 7T Pro 90Hz sebelum diberi dua buah Realme X2 Pro 60Hz dan 90Hz. Para responden juga tidak diberitahu tujuan ujian dijalankan sehingga tamat ujian tersebut.

Ujian Pertama Menggunakkan One Plus 7 Pro(60Hz) dan One Plus 7T Pro(90Hz).

Android Authority Menguji Perbezaan Paparan 60Hz dengan 90Hz Di Kalangan Pengguna

Pada ujian pertama, para responden diberi dua buah peranti iaitu One Plu 7 Pro yang ditetapkan pada paparan 60Hz dan One Plus 7T Pro yang ditetapkan pada paparan 90Hz.

Kesemua responden dilihat tidak dapat membezakan kelajuan kedua paparan tersebut, sebaliknya memberikan respon mengenai perkara lain seperti peranti A lebih membuka aplikasi dengan lebih cepat dan pelbagai lagi.

Ujian Kedua, Menggunakkan Realme X2 Pro (60Hz) dan (90)Hz.

Android Authority Menguji Perbezaan Paparan 60Hz dengan 90Hz Di Kalangan Pengguna

Setelah kesemua responden masih belum mengenalpasti perbezaan paparan pada ujian pertama, mereka diberi dua buah Realme X2 Pro di mana salah satunya ditetapkan pada paparan 60Hz dan 90Hz.

Hasilnya, kesemua responden tersebut masih belum dapat mengenalpasti paparan manakah yang menggunakkan 60Hz refresh rate dan 90Hz. Ada di antara mereka mengatakan peranti A lebih ringan berbanding peranti B dan pelbagai lagi.

Kesimpulannya, 90Hz Tidak Memberikan Perbezaan Yang Banyak Berbanding 60Hz.

Menurut Shaw, hasil ujian tersebut mendapati bahawa paparan 60Hz dengan paparan 90 Hz tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Ia hanya 50% lebih pantas dan berkemungkinan paparan 120Hz yang akan menampakkan perbezaan ketara di kalangan pengguna biasa.

Beliau juga menambah, berkemungkinan posisi para responden dengan peranti yang menyebabkan mereka tidak dapat mengenalpasti perbezaan paparan tersebut.

Sumber : Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY