Android 8.0 Oreo Kini Tersedia Buat Peranti Asus Zenfone 3 Zoom

Pemilik peranti memfokuskan fotografi ASUS, Zenfone 3 Zoom kini sudah boleh menikmati kemaskini sistem operasi Android 8.0 Oreo pada peranti mereka. Zenfone 3 Zoom ini merupakan peranti ketiga bagi siri Zenfone 3 yang menerima kemaskini ini.

Kemaskini sistem operasi terbaru ini turut membawa keluar beberapa aplikasi asal peranti Zenfone 3 Zoom seperti MiniMovie, PhotoCollage, Do it Later dan beberapa aplikasi lain. Selain itu, ia turut membawa masuk fungsi swipe ke atas untuk mengakses app drawer.



Peranti ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 645 yang disokong oleh memori 4GB RAM serta simpanan dalam sehingga 128GB ROM. Bagi kameranya pula, Asus Zenfone 3 Zoom menggunakan dua lensa 12MP pada kamera utamanya manakala kamera hadapan pula menggunapakai lensa 13MP.

Pemilik Zenfone 3 Zoom dinasihatkan untuk membuat sandaran data sebelum memuat turun kemaskini ini bagi mengelakkan daripada kehilangan data-data penting. Bagi menikmati kemaskini Android 8.0 ini,anda boleh ke halaman Settings>About>System Update pada peranti Asus Zenfone 3 Zoom anda.

Sumber