Android 7.1 Mengetengahkan Ciri Rahsia 'Panic Mode' Dalam Diam

Walaupun pihak Google sendiri tidak menyentuh tentang ciri ini sewaktu kemaskini sistem operasi Android Nougat yang lalu, namun dilihat ciri rahsia ini adalah sangat berguna terutamanya kepada pengguna yang suka memuat turun aplikasi yang bukan dari Play Store.

Ciri yang dinamakan 'Panic Mode' ini akan override seluruh aplikasi apabila terdapat serangan virus setelah dimuat turun oleh pengguna. Pengguna hanya perlu tekan butang kembali berkali-kali dan aplikasi tersebut akan diberhentikan secara total daripada sistem- tekan paling kurang 4 kali dalam masa 0.3 saat.

Kemudian pengguna boleh nyahpasang semula aplikasi tersebut. Ciri ini walaupun tidak dipandang berat oleh sesetengah pengguna, tetapi ianya sangat penting untuk memastikan keselamatan telefon terjamin.

Sumber