Ikuti kami di media sosial

Berita

Android 11 Versi Beta Pula Akan Hadir Mei Ini

Avatar

Ditulis

pada

Google hari ini baru sahaja mengumumkan Android 11 Developer Preview. Namun ini adalah versi ditujukan untuk pembangun terutamanya untuk mendapatkan maklum balas mengenai API Android yang baharu. Selepas pembangun, versi Android 11 ini pula akan dilepaskan kepada lebih banyak pengguna melalui versi Beta.

Jika anda menunggu Android 11 versi Beta untuk mencuba ciri-ciri dan fungsi terbaharu. menurut garis masa Google, ia akan dilepaskan pada bulan Mei ini. Ini adalah selari dengan acara Google I/O yang akan turut berlangsung pada bulan itu.

Iklan

Mengikut kebiasaan, Google akan mengumumkan Android versi terkini secara rasmi pada acara Google I/O. Dengan Android 11 Beta, pepijat masih ada namun ia tidak sebanyak pada versi Developer Preview kerana Google sudah memperbaiki pepijat pada versi Developer Preview sebelumnya.

Untuk Android 11 ini, mengikut garis masa, akan terdapat 3 kemaskini Beta sebelum ia akan dilepaskan secara rasmi untuk kegunaan pengguna awam pula pada suku ketiga tahun ini. Jika Beta 1 hadir pada bulan Mei, Beta 2 pula akan hadir pada bulan Jun dan Beta 3 pada suku ketiga nanti.

Jika anda tidak mahu terlibat dengan masalah pepijat yang terlampau banyak pada Android 11 versi Developer Preview, tunggu sahaja bulan Mei ini untuk memasang versi Beta.

Sumber: Google 

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular