Anda Pilih Tablet Atau Laptop? Atau Kedua-duanya Sekali?

Dalam keadaan penularan Covid-19 di seluruh dunia, kebanyakan kita disaran untuk terus berada di rumah bagi menghentikan rantaian penularan wabak pandemik ini. Kerajaan Malaysia juga telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Dengan itu, kebanyakan kita perlu bekerja dari rumah dan melakukan pelbagai aktiviti termasuk perniagaan secara dalam talian. Ini bermakna, sudah pasti anda perlu memiliki peranti serba boleh bagi memudahkan urusan kerja seharian anda di rumah.

Rekaan hibrid, tablet ke komputer riba




Dalam memilih peranti yang bersesuaian, mungkin juga anda masih tertanya mahu memilih tablet atau komputer riba. Tanpa perlu pening kepala, sebenarnya anda boleh mendapatkan keduanya sekali dimana Surface Pro X adalah peranti dua dalam satu yang boleh berfungsi sebagai tablet mahupun komputer riba.

Untuk lebih mudah difahami, Surface Pro X adalah komputer riba dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan untuk menjadi sebuah tablet. Lebih mudah untuk anda melakukan tugasan kerja pada waktu siang dan menonton Netflix pada waktu malam.

Sokongan LTE Advanced Pro




Dengan ketebalan 7.3mm dan berat 774 gram, ia merupakan barisan produk Surface paling nipis dan ringan Microsoft pernah ada. Dimana ia membolehkan anda membawa Surface Pro X ke mana sahaja termasuk dari ruang kerja ke ruang dapur, bilik tidur atau berjumpa rakan kerja di luar tanpa memerlukan tenaga yang banyak. Atau dengan bahasa mudahnya, tidak terasa seperti ada sesuatu di tangan ketika membawanya.

Tidak seperti kebanyakan komputer riba yang ada di pasaran, peranti ini hadir dengan sokongan LTE Advanced Pro bagi sambungan internet yang menjadikan ia bukan lagi suatu masalah jika tiada sambungan Wi-Fi.

Cip baharu dan pengecasan pantas


Selain itu, dengan janaan CPU Microsoft yang baharu, Microsoft SQ1 berasaskan ARM yang merupakan hasil kerjasama dengan Qualcomm, ia dapat memberikan ketahanan jangka hayat bateri yang lebih lama iaitu sehingga 13 jam. Tambahan pula, ia mempunyai sistem pengecasan pantas yang memberikan isian 80% dalam tempoh satu jam.

Lekuk simpanan merangkap pengecas stylus




Tidak seperti rekaan sebelumnya, terdapat perubahan yang lebih menarik bagi model Surface Pro X yang didatangkan dengan rekaan bucu bingkai yang lebih nipis dan ruang simpanan khas bagi Surface Pen yang terdapat di atas papan kekunci. Ruangan ini turut berfungsi sebagai pengecas kepada stylus itu.

Sudah pasti, isu kehilangan Surface Pen atau kehabisan kuasa stylus setidaknya dapat dikurangkan dengan ruang simpanan yang terdapat pada papan kekunci tersebut.



Surface Pro X ini hadir dengan skrin bersaiz 13 inci (2880x1920) yang dilengkapi ciri PixelSense dan sokongan 2 port USB-C.

Pada anda yang ingin mendapatkan Microsoft Surface Pro X, GLOO Online kini menawarkan Surface Pro X pada harga RM 4,599 untuk konfigurasi RAM 8GB dan storan 128GB. Manakala untuk varian RAM 8GB dan storan 256GB, ia dijual pada harga RM5,799.

Selain itu, GLOO turut menawarkan set bundle Surface Pro X, 8GB / 128GB dengan harga RM 5,238 dan Surface Pro X 8GB / 256GB pada harga RM 6,438. Antara item yang termasuk dalam pakej ini adalah:

  • Shield Care Extended Warranty (setahun)

  • F-secure Antivirus (setahun)

  • Surface Pro X Type Cover Keyboard (Salah satu) - Signature Type Cover dengan Surface Slim Pen ATAU Surface Pro X Type Cover

  • Aksesori/ Perisian (Salah satu) - Surface Mobile Mouse Bluetooth ATAU Arc Mouse ATAU Microsoft Office 365 Home (ESD selama setahun) ATAU Microsoft Office Home & Student 2019 (ESD untuk seumur hidup)


Tawaran ini hanya sah sehingga 31 Mac 2020 dan untuk maklumat lanjut mengenainya, lawati laman GLOO Online.

Berkaitan