Anda Peminat Permainan Lumba Kereta? Asphalt Kini Hadir Dengan Siri Baru

Pembangun permainan video terkenal berpengkalan dari Paris, Gameloft, kini muncul dengan permainan baru untuk siri lumba kereta.

Syarikat tersebut sebelum ini telah mendapat sambutan menerusi siri

  • Asphalt 8

  • Asphalt Extreme


Siri terbaru yang sudah mula ditawarkan kepada pengguna telefon pintar Android dan iOS adalah Asphalt Street Storm Racing.

Bagi siri terbaru ini, pemain bakal dibawa ke alam perlumbaan drag, pelbagai jenis kereta lumba, dan perlumbaan yang berlatarbelakangkan bandar-bandar ternama di seluruh dunia.

Selain  menawarkan perlumbaan untuk pemain solo, syarikat pembangun permainan ini turut menawarkan pilihan berlumba secara drag dengan 4 pemain yang lain.

Asphalt Street Storm Racing hadir dengan grafik 3D dengan kualiti HD dan pastinya ia memberi pengamalan yang menakjubkan bagi pemain permainan ini.

Muat turun iOS (klik sini)

Muat turun Android (klik sini)

Sumber: Phone Arena