Anda Pemilik Galaxy S10? Sembunyikan Lensa Hadapan Dengan Pelbagai Wallpaper Menarik Ini

Memeriahkan lagi pasaran telefon pintar flagship tempatan, Samsung Malaysia telah membawa masuk tiga model terbaru dalam siri Galaxy S dengan perasmiannya dilakukan pada awal bulan ini.



Boleh diibaratkan seperti "pisang goreng panas" apabila ada diantara variasi yang habis terjual diawal penawaran pra-tempah.


Apa tidaknya, siri kali ini didatangkan dengan kelengkapan cukup mengujakan, disamping harga yang bersesuaian dengan status premiumnya.



Memperagakan skrin Infinity-O pada paparan hadapan, mungkin ada dalam kalangan pemilik yang sedikit kurang senang dengan kehadiran rekaan "lubang" itu. Oleh sebab itu, pengeluar ada menyediakan tetapan dalam sistem untuk menyembunyikannya.



Bagi yang mahu tampil lebih kreatif, anda juga boleh memanipulasi kawasan lensa kamera swafoto itu dengan penggunaan wallpaper yang menarik.



Pelbagai wallpaper untuk Galaxy S10+ muncul dengan karakter-karakter popular seperti Bender dari Futurama, Minion, serta Johny 5 boleh menjadikan lensa itu ibarat mata.



Tidak ketinggalan juga bagi model lensa swafoto tunggal, Galaxy S10 dan Galaxy S10e, pemilik boleh menghiaskan bahagian hadapan dengan wallpaper karakter dari Star Wars seperti R2D2, BB-8 dan watak filem lain seperti Baymax.



Cool bukan? Dengan adanya wallpaper ini, ia boleh menaikkan lagi seri telefon pintar Galaxy S yang sudah tersedia dengan rekaan menawan seperti contoh Galaxy S10. Reka bentuknya membuatkan pegangan lebih erat dan selesa. Tidak terlalu tebal, tidak juga terlalu nipis.



Reka bentuk saja tidak mencukupi untuk menarik pembeli memilih peranti ini dan oleh kerana itu, Samsung melengkapkan Galaxy S10 bersama spesifikasi terbaik.


Bagi anda yang masih belum maklum dengan spesifikasi Galaxy S untuk pasaran tempatan;


Galaxy S10e (RM2699)

  • Skrin 5.8 inci Dynamic AMOLED

  • Exynos 9820

  • RAM 6GB dan 8GB

  • Storan 128GB

  • Dwi kamera belakang 12MP+16MP

  • Kamera swafoto 10MP

  • Bateri 3100mAh


Galaxy S10 (RM3299)

  • Skrin 6.1 inci Dynamic AMOLED

  • Exynos 9820

  • RAM 8GB

  • Storan 128GB

  • Tiga kamera belakang 12MP+12MP+16MP

  • Kamera swafoto 10MP

  • Bateri 3400mAh


Galaxy S10+ (RM 3699 dan RM4599)

  • Skrin 6.4 inci Dynamic AMOLED

  • Exynos 9820

  • RAM 8GB dan 12GB

  • Storan 128GB dan 512GB

  • Tiga kamera belakang 12MP+12MP+16MP

  • Dwi kamera swafoto 10MP+8MP

  • Bateri 4100mAh




Tiga kamera belakang terdiri daripada kombinasi lensa 12MP lensa sudut lebar, 12MP lensa telefoto dan 16MP lensa sudut ultra-lebar 123 darjah. Hasilan fotonya berkualiti dengan perincian dan kejelasan yang baik. Sudah mula tertarik untuk mendapatkan peranti ini?


Samsung Malaysia sedang mengadakan roadshow pada hari ini, 8 Mac 2019 yang juga merupakan tarikh penawaran secara rasmi Galaxy S 10 untuk pasaran tempatan.


Bakal dilangsungkan selama tiga hari bermula hari ini 8 Mac 2019 di lokasi dibawah:




  • Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

    •  (10 pagi -10 malam)



  • AEON Tebrau City, Johor Bahru

    • 8 Mac dan 9 Mac 2019 (10 pagi - 11 malam)

    • 10 Mac 2019 (10 pagi -10 malam)



  • Queensbay Mall, Penang

    •  (10 pagi -10 malam)





Sekitar roadshow yang berlangsung di Mid Valley Megamall hari ini.

Pembelian salah satu model Samsung Galaxy S10 pada roadshow yang diadakan ditiga lokasi diatas, bakal diiringi dengan hadiah percuma yang eksklusif seperti:




  • Galaxy S10e (128GB)- Galaxy Buds bernilai RM499

  • Galaxy S10 atau Galaxy S10+ (128GB) - Galaxy Buds + Screen Protection Plus bernilai RM779

  • Galaxy S10+ (512GB) - Galaxy Watch Active + Screen Protection Plus bernilai RM1079


Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke roadshow di lokasi-lokasi diatas dan miliki Samsung Galaxy S10 serta dapatkan hadiah-hadiah istimewa ini secara percuma.