Hal ini sekaligus menimbulkan kebimbangan ramai pihak kerana sekitar tiga bulan yang lalu, WhatsApp turut dikenal pasti mempunyai kelemahan sekuriti.
Melihat kepada apa yang sedang terjadi, Pavel Durov, pengasas Telegram tampil memberi pandangan beliau terhadap pesaingnya itu. Didalam perkongsian tersebut, Durov telah menyatakan pada Mei yang lalu, beliau ada meramalkan akan berlakunya isu sekuriti melibatkan WhatsApp. Nampaknya ramalan yang dibuat itu benar-benar berlaku dan segala data peranti pengguna terdedah kepada penggodam.
Selain berpendapat WhatsApp gagal dalam melindungi mesej pengguna, aplikasi pesaingnya itu juga dilihat digunakan oleh agensi pengintipan dan pihak tidak bertanggungjawab lain dalam mengintip foto serta mesej pengguna.Durov juga mengaitkan isu ini dengan pemilik WhatsApp iaitu Facebook yang dikatakan terlibat dalam sebahagian daripada program pengawasan.
Menurutnya lagi, pengambil alihan WhatsApp tidak menampakkan apa-apa perubahan pada polisi syarikat tersebut. Bagi menguatkan lagi hujahnya, beliau menyertakan petikan pengasas bersama WhatsApp, Brian Acton; " I sold my user's privacy.."
Dipenghujung perkongsiannya itu, Durov turut membandingkan WhatsApp dan Telegram, kedua-duanya hampir sama tetapi tiada isu besar yang melanda Telegram dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini. Durov menyarankan supaya WhatsApp dipadam dari telefon jika pengguna tidak mahu foto dan mesej mereka terdedah kepada umum suatu hari nanti.
Sumber: Pavel Durov
Berkaitan
- Google Drive Beri Ruang Simpanan Tanpa Had Untuk Data Sandaran WhatsApp
- Syarikat Sekuriti Siber Israel Pasang Perisian Intip Pada WhatsApp
- Cara Hantar Gambar Resolusi Tinggi Melalui WhatsApp
- WhatsApp Tambah Ciri Night Mode Pada Fungsi Kamera
- Banteras Berita Palsu, WhatsApp Tetapkan Had "Forward Message"
- WhatsApp iOS Dapat Ciri Balasan Peribadi Bagi Perbualan Didalam Grup
- WhatsApp Selepas Ini Akan Mudahkan Pengguna Sunting Gambar Terus Dalam Aplikasi
- U Mobile Unlimited Funz - Data Tanpa Had Untuk PUBG Mobile, Mobile Legends, WhatsApp Dan Beberapa Aplikasi Popular Lain
- WhatsApp Web Bakal Tampil Dua Ciri Baru - Mod PIP Dan Balas Secara Peribadi
- Setelah 7 Tahun Diperkenalkan, Telegram Akhirnya Ada Panggilan Video