Anda Patut Buang Segera 2 'Extension' Ini Dari Pelayar Google Chrome

Jika anda pengguna pelayar Google Chrome dan ada memasang 2 'extension' ini, anda patut segera membuangnya.

Ini kerana 'extension' itu berdepan saman yang difailkan oleh gergasi media sosial, Facebook pada awal bulan ini.

'Extension' UpVoice dan Ads Feed didakwa direka untuk mengakses data pengguna tanpa kebenaran dari pihak Facebook dan Instagram.

Malah ia turut mengakses profail data pemilik akaun Amazon, Twitter, LinkedIn, Pinterest, and YouTube.

Pembangun 2 'extension' tersebut, BrandTotal Ltd dan Unimania Inc. telah dinamakan dalam pemfailan saman oleh Facebook itu. 2 Syarikat itu merupakan syarikat yang berasal dari negara haram Israel.

UpVoice dan Ads Feed mula ditawarkan di laman Chrome Web Store sejak September dan November 2019 lalu. Sejak ditawarkan, ia sudah dipasang oleh lebih daripada 5 ribu dan 10 ribu pengguna Chrome.

Menerusi pemfailan saman itu, pihak Facebook mahu menyekat pembangun extension itu daripada mengakses data pengguna akaun Facebook dan Instagram, membangunkan 'extension' lain dan menuntut ganti rugi.

Untuk langkah membuang extension, boleh lawati laman ini - Google Support.

Sumber: ZDNet