Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri Baru Facebook Akan Hantar Notifikasi Jika Terdapat Log Masuk Akaun Melalui Pihak Ketiga

Anda Patut Buang Segera 2 ‘Extension’ Ini Dari Pelayar Google Chrome

Diterbitkan Oktober 7, 2020 · Dikemas kini Oktober 9, 2020 oleh ariff bukhari

Jika anda pengguna pelayar Google Chrome dan ada memasang 2 ‘extension‘ ini, anda patut segera membuangnya.

Ini kerana ‘extension‘ itu berdepan saman yang difailkan oleh gergasi media sosial, Facebook pada awal bulan ini.

‘Extension‘ UpVoice dan Ads Feed didakwa direka untuk mengakses data pengguna tanpa kebenaran dari pihak Facebook dan Instagram.

Malah ia turut mengakses profail data pemilik akaun Amazon, Twitter, LinkedIn, Pinterest, and YouTube.

Pembangun 2 ‘extension’ tersebut, BrandTotal Ltd dan Unimania Inc. telah dinamakan dalam pemfailan saman oleh Facebook itu. 2 Syarikat itu merupakan syarikat yang berasal dari negara haram Israel.

UpVoice dan Ads Feed mula ditawarkan di laman Chrome Web Store sejak September dan November 2019 lalu. Sejak ditawarkan, ia sudah dipasang oleh lebih daripada 5 ribu dan 10 ribu pengguna Chrome.

Menerusi pemfailan saman itu, pihak Facebook mahu menyekat pembangun extension itu daripada mengakses data pengguna akaun Facebook dan Instagram, membangunkan ‘extension’ lain dan menuntut ganti rugi.

Untuk langkah membuang extension, boleh lawati laman ini – Google Support.

Sumber: ZDNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY