Melalui beberapa siri permohonan paten dengan tajuk “Providing Verified Claims of User Identity", ID pengguna dapat direkodkan atau dikirimkan. Dalam erti kata lain, paten tersebut memperincikan sistem yang dapat menyimpan maklumat pengenalan diri dalam peranti. Ia menyatakan,
“The verified claim being signed by a server based on verification of the information by an identity verification provider separate from the server, the verified claim is specific to the device.”
Turut dinyatakan dalam paten tersebut adalah penggunaan pelayan untuk pengesahan identiti. Oleh itu, peranti seperti iPhone mungkin dapat menghantar ID pengguna dengan selamat. ID tersebut juga boleh disahkan melalui pelayan atau sensor biometrik peranti.
Ini bermakna, keseluruhan sistem mempunyai pelbagai cara untuk mengesahkan identiti diri. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana sistem keselamatan ini berfungsi untuk melindungi data peribadi apabila ia digunakan kelak.
Terdahulu, Apple juga telah mengumumkan ciri baru Car Key yang membolehkan kereta dinyahkunci dengan hanya menggunakan iPhone tanpa memerlukan kunci fizikal.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Apple Dijangka Menggunakan Teknologi 4nm Dari TSMC Untuk Cip iPhone Akan Datang
- Apple Dijangka Lancar MacBook Pro, Mac mini Dengan Cip M2 Pro Pada Bulan Depan
- Imej Tertiris Dedahkan Modul Kamera iPhone 16
- Will Smith "Belanja" 2 Bulan Akses Percuma Apple TV+
- Apple Watch Series 9 Dikatakan Akan Ada Pilihan Warna Baru
- Apple Store Ditutup Sementara, Beri Bayangan Pengumuman iPad Pro Baharu
- iPhone SE Plus Dengan Cip A14 Bionic Dijangka Hadir Separuh Kedua 2021
- Kuo: Pengeluaran iPhone 14 Tidak Akan Terjejas Biarpun Konflik China Dan Taiwan
- Apple Umum Acara Khas Hujung Bulan Ini
- Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan