Anda Kini Boleh Tulis Mesej WhatsApp Tanpa Perlu Menaip

Aplikasi permesejan popular, WhatsApp terus menerima kemaskini dan penambahbaikan baharu.

Yang terkini, WhatsApp membolehkan pengguna menulis mesej tanpa perlu menaipnya secara fizikal dengan hanya menggunakan mikrofon yang ada pada telefon pintar.



Caranya mudah sahaja. Hanya perlu tekan buka papan kekunci pada ruangan "chat", dan sentuh pada ikon mikrofon di bahagian atas papan kekunci.

Sebelum itu, jangan lupa ubah tetapan bahasa kepada bahasa yang anda gunakan terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda boleh sebutkan sahaja apa yang anda mahu taipkan.

Caranya adalah seperti di bawah:



Walaupun telah tersedia di WhatsApp untuk beberapa hari, masih ramai yang tidak menyedarinya. Fungsi baru ini nampak lebih relevan daripada mesej rakaman suara yang ada sebelum ini.

Ia kerana sebahagian daripada kita kurang gemar menerima pesanan suara kerana risau kandungan mesej berkenaan mungkin mengandungi bunyi yang kurang enak didengar.

Maka dengan fungsi ini, anda tidak lagi perlu risau dan mencari-cari fon telinga untuk mendengar pesanan suara.

 

Sumber: Express UK

Berkaitan