Anda Kini Boleh Semak Baki Kad Touch 'n Go Melalui Aplikasi Mudah Alih Di Telefon Pintar

Touch 'n Go baru-baru ini telah melancarkan fungsi bagi memautkan kad fizikal TnG degan aplikasi dompet digital mereka, Touch 'n Go eWallet. Ia akan membolehkan pengguna untuk menyemak baki kad fizikal mereka melalui aplikasi telefon pintar.

Pengguna TnG boleh memautkan sehingga maksimum tiga kad fizikal dengan aplikasi dompet digital berkenaan. Malah, anda juga boleh menambah kad pengenalan atau MyKad ke dalam senarai kad yang dipautkan.



Selain itu, Touch 'n Go turut memperkenalkan rekaan antaramuka baru bagi aplikasi mudah alih mereka untuk peranti Android serta iOS. Bagi anda yang masih belum memuat-turun aplikasi ini, anda boleh klik pautan di sini bagi memuat-turun untuk peranti Android atau iOS anda.

Pengumuman mengenainya dibuat semasa majlis pelancaran hab operasi baru Touch 'n Go Digital di Bangsar Selatan, semalam(24 Ogos). Mereka juga menyediakan peluang bagi pelajar lepasan SPM dan ke atas untuk melakukan latihan industri selama 10 minggu bersama mereka.