Anda Kini Boleh "Pin Comment" Di Posting Instagram

Instagram kini memberi pengguna lebih kawalan terhadap perbualan pada foto dan video mereka. Setelah ciri ini diuji pada bulan Mei yang lalu, Instagram akhirnya melancarkan ciri "pinned comment" kepada semua pengguna.

Caranya cukup mudah. Apabila anda slide komen, anda akan melihat pilihan pin di samping pilihan balas, lapor, dan hapus. Ciri ini membolehkan mana-mana pengguna untuk menyematkan tiga komen pada bahagian atas komen.

[embed]https://twitter.com/instagram/status/1280534351680122881[/embed]

Dalam pada itu, ia juga membolehkan pengguna mengawal nada bahagian komen dengan lebih baik dan ke arah yang positif. Ini adalah kemas kini yang berguna untuk bahagian yang disusun mengikut algoritma, dan ini akan membantu mengelakkan perbincangan daripada keluar dari tangen.

Sumber: The Verge