Anda Kini Boleh Nyah-Hantar Mesej FB Messenger Dalam Tempoh 10 Minit

WhatsApp Messenger telah hadir dengan satu fungsi nyah-hantar bagi membolehkan pengguna memadam mesej yang telah dihantar sejak beberapa bulan yang lalu.

Kini, fungsi yang hampir sama akan dibawa ke platform FB Messenger pula. Berbeza dengan WhatsApp, fungsi ini akan membolehkan pengguna memadam mesej dalam tempoh 10 minit selepas dihantar berbanding 7 minit bagi WhatsApp.

Kapsyen: Facebook


Namun ia juga mempunyai persamaan iaitu mesej yang dipadam di FB Messenger akan ditandakan sebagai "This message was deleted.” Pengguna turut diberi pilihan untuk memadam mesej bagi diri sendiri sahaja atau untuk semua penerima.

Fungsi ini akan tersedia bagi aplikasi mudah alih FB Messenger untuk peranti Android dan iOS yang akan ditawarkan secara berperingkat mulai hari ini.

 

Sumber: Facebook

Berkaitan