Anda Kini Boleh Menukarkan Ikon Instagram Kepada Versi Klasik

Instagram pertama kali dilancarkan adalah 10 tahun yang lalu, iaitu hanya beberapa bulan selepas pelancaran iPhone 4. Kini, bagi meraikan ulangtahun ke-10, Instagram telah menambah ciri yang membolehkan ikon aplikasi ditukar.

ikon klasik Instagram

Antara ikon yang tersedia termasuk rekaan klasik kamera Polaroid yang telah digunakan lebih 5 tahun. Terdapat juga pelbagai variasi tema bagi ikon sedia ada termasuk Dark, Twilight, Aurora dan sebagainya.



Kemaskini terbaru ini juga termasuk ciri baharu pada "Stories archive" dengan penambahan tab kalendar dan Maps. Apabila anda menambah pelekat lokasi pada Stories, ia akan muncul pada bahagian Maps ini.

ikon klasik Instagram

Dalam pada itu, bagi anda yang ingin menukar ikon Instagram, ianya boleh dilakukan melalui Settings, kemudian leret ke bawah sehingga senarai ikon tersebut muncul. Instagram menyatakan,

"...this month we're inviting you to change your app icon to your favourite below."

Oleh itu, kemungkinan ikon ini hanya boleh ditukar sepanjang Oktober ini sahaja.