Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google meet

Anda Kini Boleh Menukar Imej Latar Belakang Google Meet

Diterbitkan November 3, 2020 ยท Dikemas kini November 3, 2020 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada para pengguna Google Meet. Google mengumumkan mereka menambahkan lagi ciri menarik pada servis panggilan video percuma itu dengan membolehkan penggunanya menukar imej latar belakang untuk video mereka.

Pengguna boleh menukar imej latar belakang itu dengan menggunakan imej sedia ada ataupun menggunakan imej yang dimuat naik mereka sendiri.

“Virtual backgrounds work directly within your browser and do not require an extension or any additional software” Google.

google meet
Sumber: Google Blog

Walaubagaimanapun, ciri baru ini hanya ditawarkan pada Google Meet di platfom komputer sahaja termasuklah sistem komputer ChromeOS dan pelayar Chrome di sistem Windows dan macOS.

Untuk versi peranti pintar Android, iPhone dan iPad pula, Google memaklumkan ia akan ditawarkan tidak lama lagi.

Cara menukar imej latar belakang dalam Google Meet ada dikongsikan oleh Google di laman rasmi Google Meet Help.

Google Meet merupakan servis persidangan video yang mula ditawarkan kepada semua secara percuma sejak bulan Mei lalu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY