Anda Kini Boleh Menonton Video Di Luar Aplikasi Facebook

Terkini pengguna Facebook untuk Android boleh menikmati satu lagi fungsi menarik daripada aplikasi media sosial berkenaan.

Fungsi yang dimaksudkan adalah memain serta menonton video diluar aplikasi Facebook.

 

Syarikat berkenaan telah pun mengumumkan mengenai hal ini pada bulan Februari yang lalu dan kini ia sudah mula ditawarkan kepada pengguna.

Bagaimana untuk menggunakan fungsi baru ini?



 

Untuk kali pertama tetingkap diatas akan dipaparkan, jika anda memilih "Sounds Good" anda boleh mula menggunakan fungsi ini.

Apabila anda membuka video, kelihatan ikon berbentuk 'petak' di penjuru kiri atas.



Tekan ikon tersebut dan video akan bermain dalam bingkai kecil membolehkan anda untuk melayari Facebook ataupun membuat perkara lain sambil menonton.



Selain itu anda juga boleh mengubah kedudukan video berkenaan kemana-mana bahagian skrin paparan.