Anda Kini Boleh Mengundi Di Instagram

Instagram Stories kini lebih menarik dengan pengenalan ciri pelekat undi, membolehkan kenalan membuat pilihan antara dua perkara atau benda.

Apabila anda berkongsikan video atau foto pada ruangan Stories, anda hanya perlu drag and drop pelekat terbaru ini sama seperti pelekat yang lain dan suntinglah ia mengikut kemahuan anda.



Pengguna lain yang menonton akan menyentuh antara dua pilihan jawapan yang tertera dan kemudiannya keputusan keseluruhan undi akan dipaparkan.

Jika anda yang membuat stories itu, untuk melihat keputusannya, anda perlu bukan senarai yang menonton Stories anda dan ia akan menunjukkan bilangan yang mengundi, siapa yang mengundi, dan apa yang mereka pilih.