Anda Kini Boleh Membeli Barangan Daiso Di Shopee



Berita gembira buat semua peminat Daiso, anda kini boleh membeli barangan Daiso di Shopee.

Francais dari Jepun itu telah mengumumkan tentang kedai dalam talian mereka di Shopee pada bulan lepas. Ini membolehkan anda untuk tidak keluar dan hanya berbelanja dari rumah sahaja lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 yang kurang mengizinkan ketika ini.



Sama seperti di kedai Daiso seluruh Malaysia, hampir kesemua barangan dijual pada harga RM5.90. Walaupun tidak semua barangan di kedai ada di Shopee, masih banyak pilihan barangan yang anda boleh dapatkan secara dalam talian.

Apa tunggu lagi? Anda boleh lakukan pembelian di laman Shopee Daiso.