Anda Kini Boleh Mematikan Fungsi 'Auto-Play' Video Trailer di Netflix

Setelah hampir lima tahun Netflix memainkan video trailer secara automatik, kini syarikat tersebut mula menawarkan cara untuk mematikan fungsi autoplay video trailer. Walaupun mungkin sesetengah pengguna merasakan video trailer tersebut berguna untuk mereka, namun ada yang sebaliknya.

Dengan fungsi tersebut, ia memberikan anda pilihan untuk mengawal video trailer tersebut dimainkan secara automatik atau tidak. Pada masa ini, tetapan tersebut cuma boleh dilakukan dengan log masuk Netflix pada pelayar. Ini bermakna, ia tidak menawarkan suntingan melalui aplikasi Netflix pada telefon pintar, tablet atau TV.

Auto-Play Netflix Kapsyen: The Verge


Untuk menyunting tetapan tersebut, ia boleh dilakukan dengan log masuk akaun Netflix pada pelayar, tekan gambar profil di bahagian atas kanan. Kemudian pilih "Manage Profiles" danĀ aktif atau nyahaktifkan "Autoplay previews while browsing on all devices".

Setiap tetapan yang dilakukan akan dikemaskini secara automatik pada semua peranti Netflix yang anda gunakan. Namun, tetapan tersebut mungkin akan mengambil sedikit masa untuk dikemaskini. Sebagai contoh, anda boleh keluar dan log masuk semula akaun Netflix untuk mengaktifkan tetapan tersebut.

Netflix sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka telah memulakan penstriman melalui format AV1 pada peranti Android.

Sumber: The Verge