Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Masukkan Kod “Shortcut” Bagi Aplikasi Pada PC

Anda Kini Boleh Memasukkan Arahan Terus Dari Bar Alamat Google Chrome

Diterbitkan November 26, 2020 oleh ariff bukhari

Versi terbaru pelayar Google Chrome kini dilengkapi ciri yang membolehkan penggunanya memasukkan arahan terus dari bar alamat pelayar tersebut.

Arahan yang dimasukkan itu akan membolehkan Chrome melaksanakan arahan spesifik seperti yang dimasukkan pengguna.

Sebagai contoh arahan memadam history, menyunting kata laluan atau arahan mengemas kini pelayar Chrome.

Cuma untuk menggunakan ciri baru ini, anda perlu mengaktifkannya terlebih dahulu .

Berikut adalah cara mengaktifkan ciri arahan dari bar alamat pelayar Chrome:-

  1. Buka pelayar Chrome (versi 87 atau terbaru)
  2. Taip chrome://flags dalam bar alamat Chrome
  3. Buat carian “Omnibox suggestion button row” dan “Omnibox Pedal Suggestions” dan pilih tetapan Enabled

Screenshot 2020-11-26 at 22.42.46

4. Kemudian restart pelayar Chrome.

Selesai langkah di atas, anda bolehlah mencuba sendiri beberapa arahan yang disokong dari bar alamat Chrome seperti:-

  • memadam data pelayar – taip ‘delete history’, ‘clear cache ‘ atau ‘wipe cookies’.
  • Membuka tetingkap Incognito – taip ‘launch incognito mode‘ atau ‘incognito’
  • Kemas kini Chrome – taip ‘update browser’ atau ‘update google chrome’.

Selamat mencuba.

Sumber: Techdows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY