Anda Kini Sudah Boleh Kongsikan Status WhatsApp Ke Laman Facebook

Sudah tersedia untuk pengguna peranti Android dan iOS.


Versi terbaru aplikasi WhatsApp kini sudah pun membolehkan penggunanya berkongsikan status mereka dari aplikasi tersebut ke laman sosial Facebook.

Ciri baru ini pertama kali dilaporkan dalam bulan Julai lalu di mana WhatsApp sedang membangunkan  ciri yang membolehkan penggunanya berkongsikan status dari aplikasi WhtasApp ke aplikasi-aplikasi lain yang terdapat di dalam peranti pintar pengguna.

Dengan adanya ciri ini, aa sekaligus membolehkan pengguna poskan kandungan yang sama ke Facebook Story mereka.



Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlulah memastikan peranti mereka turut dipasang dengan aplikasi Facebook. Ciri ini sudah pun tersedia kepada semua pengguna peranti Android dan iOS.

Tetapi jika anda masih belum dapat menggunakan ciri baru WhatsApp ini, anda bolehlah menyemak dan mengemas kini aplikasi tersebut kepada versi terbaru.

Berkaitan