Anda Kini Boleh Hasilkan Emoji Avengers Sempena Filem Avengers: Endgame Di Twitter

Filem ke-empat dalam siri Avengers, Endgame akan mula menemui majoriti peminat di seluruh dunia pada 24 April ini, termasuk di Malaysia.

Sempena dengan itu, platform media sosial Twitter dilihat mula menawarkan 40 emoji bagi watak-watak dalam filem tersebut.

Ia boleh dihasilkan menggunakan tanda pagar yang diikuti oleh nama watak-watak yang ada dalam siri tersebut.



Selain nama watak, emoji untuk logo Avengers juga dapat dihasilkan dengan menggunakakan tanda pagar #Avengers atau #AvengersEndgame.

Ini bukanlah kali pertama Twitter hadir dengan emoji khusus buat satu-satu acara atau filem.

Sebelum ini, mereka juga pernah hadir dengan emoji khusus sempena Sukan Olimpik dan filem lain seperti Star Wars.

 

Sumber: CNet