Anda Kini Boleh "Customise Reactions" Di Aplikasi Messenger, Ini Caranya

Facebook kini telah memperkenalkan rekaan baharu bagi aplikasi Messenger. Antaranya termasuk logo dan warna default chat baharu, tema dan reaksi yang boleh disesuaikan.



Menerusi reaksi yang boleh disesuaikan atau Customise Reactions ini, anda boleh mengubah tetapan emoji sedia ada mengikut kesesuaian atau kekerapan penggunaan untuk menyampaikan sesuatu reaksi di ruang sembang Messenger.

Di bawah ini kami sediakan beberapa langkah mudah untuk mengubah reaksi sedia ada mengikut kesesuaian anda.

Cara menghasilkan Customise Reactions


Pertamanya, anda perlu mempunyai aplikasi Messenger di peranti masing-masing.

Customise Reaction Messenger

Setelah itu, buka mana-mana ruang sembang bersama rakan anda. Hold mana-mana mesej seperti contoh di atas, dan tekan pada butang "+".



Pada bahagian "Your Reactions" tersebut adalah reaksi sedia ada. Untuk mengubah reaksi ini, tekan pada butang "Customise".



Pada langkah ini, tekan mana-mana reaksi dan gantikan dengan mana-mana emoji yang bersesuaian. Bagi reaksi pertama, anda boleh menetapkan emoji yang kerap digunakan. Ia bertujuan bagi memudahkan anda memberi reaksi hanya melalui dua kali tap.

Customise Reaction Messenger

Selesai. Anda kini boleh menggunakan reaksi baharu ini di ruangan sembang Messenger.

Berkaitan