Anda Kini Berpeluang Dapatkan OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edition Pada Harga RM49

OnePlus pada awal November telah melancarkan OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Limited Edition untuk pasaran China. Bukan sahaja warnanya berbeza kerana hadir dengan warna kuning Cyberpunk, ia juga turut mempunyai rekaan sedikit berbeza dengan OnePlus 8T biasa.

Terbaru, OnePlus Malaysia mengumumkan anda kini berpeluang untuk mendapatkan OnePlus 8T edisi khas ini melalui OnePlus 12.12 Cyberpunk Mystery Box.

Sebanyak 1000 unit OnePlus 12.12 Cyberpunk Mystery Box berharga RM49 akan tersedia melalui Lazada pada 12 Disember nanti. Setiap unit kotak misteri tersebut didatangkan dengan baucar tunai Lazada bernilai RM50.

OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Limited Edition Malaysia

Daripada 1000 unit kotak misteri itu juga, anda mungkin boleh menjadi antara 10 orang yang bertuah dan mendapatkan OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Limited Edition yang hanya tersedia sebanyak 10 unit.

Selain itu, terdapat juga hadiah tambahan lain seperti 10 x OnePlus Buds White, 10 x OnePlus Warp Charge 65 Power Adapter, 10 x OnePlus Warp Type-C to Type-C Cable (150cm) dan 10 x OnePlus Type-C Bullets Earphones.

Dalam pada itu, OnePlus menyatakan hadiah dalam kotak ini akan diberikan secara rawak. 10 unit OnePlus 8T edisi khas yang ditawarkan adalah set China dengan 12GB RAM. Pembelian kotak misteri ini juga hanya terhad kepada satu pembelian bagi setiap pelanggan.

Jika berminat, pembelian OnePlus 12.12 Cyberpunk Mystery Box pada harga RM49 boleh dilakukan melalui Lazada pada 12 Disember nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari halaman Facebook OnePlus Malaysia.