Anda Hanya Perlu Cas Telefon 4 Kali Setahun Di Masa Depan

Menurut satu artikel yang dipetik dari The Independent , mereka mendakwa di masa hadapan nanti, kita hanya perlu mengecas telefon 4 kali dalam masa setahun.

Menurut mereka, beberapa kajian telah dijalankan untuk membina pemproses menggunakan bahan baru yang memberikan penjimatan kuasa sebanyak 100 kali ganda berbanding semikonduktor.

Dalam penulisan mereka turut memetik tentang penyelidikan dari Universities of Michigan dan Cornell telah mencipta bahan baru yang dipanggil magnetoelectic multiferroic. 



Ianya dibina dengan beberapa lapisan atom nipis yang yang membentuk filem kutub magnetik. Ianya dapat menghasilkan tindak balas magnetik dari kutub positif ke negatif dengan hanya menggunakan kuasa yang kecil.

Dengan menggunakan transmisi kod binari, bermakna ia dapat menghantar dan menerima data dengan sumber elektrik yang rendah. Jadi penggunaan bateri atau sumber kuasa juga dapat dijimatkan.

Pada ketika ini bahan elektronik menggunakan lebih kurang lima peratus daripada jumlah tenaga global, dan merupakan pengguna tenaga yang paling pesat berkembang, menurut Ramamoorthy Ramesh dari Lawrence Berkeley National Laboratory.

Teknologi ini masih jauh lagi pembinaannya untuk diketengahkan kepada dunia. Ianya masih lagi dalam fasa penyelidikan peringkat awal dan masih tidak dapat dipastikan sejauh manakah tekonologi ini akan dibawa di masa hadapan.

Dipetik dari Independent UK

Baca dengan lebih lanjut tentang bahan magnetoelectic multiferroic disini