Anda Guna Peranti Samsung? Boleh Dapatkan YouTube Premium Percuma Sehingga 4 Bulan

Setelah diperkenalkan, YouTube Premium hanya memberikan tempoh percubaan selama 1 bulan sahaja. Namun bagi anda yang menggunakan peranti terbaharu Samsung, ia boleh dilanjutkan sehingga ke 4 bulan.

Tawaran itu sudah sedia dimulakan sejak 14 Februari yang lalu melibatkan sejumlah peranti terpilih dari Samsung. Bakal tamat pada 5 Mac tahun hadapan, pengguna boleh mengaktifkannya dengan syarat, tidak pernah dan bukan pelanggan sedia ada YouTube Premium, YouTube Music Premium, atau Google Play Music.



Bagi model lain, Samsung akan memberikan langganan percuma YouTube Premium selama 2 bulan (tidak termasuk model-model diatas) dengan syarat sama dan ia dibeli serta diaktifkan dalam tempoh 14 Februari sehingga 5 Mac 2020.

samsung youtube premium
Cara tebus YouTube Premium percuma

Untuk menebus langganan percuma tempoh terhad ini anda hanya perlu buka aplikasi YouTube yang sudah di log masuk dengan akaun, pergi ke bahagian YouTube Premium, klik pada TRY IT FREE dan seterusnya lengkapkan pembelian.

Pada akhir tempoh percubaan, anda akan dikenakan harga langganan individu secara automatik, iaitu RM17.90 / bulanan (tidak termasuk SST). Sekiranya tidak mahu terus melanggan, boleh batalkannya pada bila-bila masa sebelum tempoh tersebut tamat.