Anda Fikir Google Search Itu Percuma? Austria Dalam Usaha Untuk Mencukainya

Austria kini dalam usaha untuk penyedia servis digital seperti Google atau Facebook Inc. membayar cukai untuk transaksi dengan pengguna internet negara itu.

Bahagian yang terlibat untuk pelan itu adalah mensasarkan model bisnes Twitter Inc., Google atau Facebook.

Untuk penggunaan seperti mencari, liking, posting, dan tweeting masih lagi percuma selagi pengguna membenarkan syarikat menggunakan data dimasukkan ke dalam algoritma yang membantu untuk tujuan pengiklanan.

Menaikkan sumber cukai digital merupakan satu usaha negara itu dalam meminda cukai korporat.

Pelan itu juga bertujuan untuk menutup kelemahan dalam sistem yang membolehkan perancangan cukai agresif dan pengelakkan cukai korporat.

Dengan pelan ini, kerajaan Austria boleh menerima hasil sebanyak 1.5 bilion euro setahun.

Sumber