Ikuti kami di media sosial

Berita

Anda Boleh Miliki Realme 5 Dengan Harga RM499 Dari Lazada Pada Promosi 11.11

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Pada awal bulan ini, kita telah menyaksikan kehadiran secara rasmi realme 5 untuk pasaran dalam negara yang mana ia diperkenalkan pada harga RM599 untuk RAM 3GB/64GB serta RM799 untuk bagi RAM 4GB/128GB.

Kini disamping pengenalan realme XT,  realme Malaysia tidak ketinggalan membawa pilihan storan baru untuk realme 5 dengan kombinasi memori RAM 3GB dan32GB ruang simpanan. Harga jualan untuk variasi ini pula diletakkan pada paras RM549 dan ditawarkan secara eksklusif di Lazada.

Namun begitu, anda boleh dapatkannya dengan harga lebih rendah RM499 pada promosi 11.11 yang bakal diadakan 11 November kelak.

Walaupun didatangkan dengan memori yang kecil sedikit, ia masih mengekalkan spesifikasi lain seperti kuad kamera (12MP+8MP+2MP+2MP), kamera hadapan 13MP, skrin 6.5 inci HD+ dan cip pemproses Snapdragon 665.

Dibekalkan dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan 10W, ia mempunyai dua pilihan warna iaitu Crystal Blue dan Crystal Purple.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular